Salam buat semua Apple Fans,
Baru-baru ni aku pergi meronda di sebuah pasaraya.Masa tengah pusing-pusing di situ,aku terpandang suatu kaunter Yes dan aku terus singgah.Agak menarik jugak pelan yang aku tengok ditawarkan oleh company ni.Kebetulan aku memang tengah cari suatu pelan yang sesuai untuk kegunaan iPhone,iPad 2 (Wifi only) dan laptop.Kiranya hanya satu pelan untuk 3 device yang aku kerap guna.Setelah diberi penerangan oleh jurujual Yes di situ,dan juga diberi peluang untuk surf beberapa laman web telco lain untuk tujuan perbandingan antara pelan wifi hotspot yang ditawarkan oleh company lain, maka aku pun berpuas hati dengan pelan dari Yes ini.Dengan itu, aku pun bersetuju untuk melanggan pelan Super 68 iaitu RM68.00 sebulan dengan data usage sebanyak 4 GB.
DAPATKAN KASPERSKY INTERNET SECURITY DENGAN HARGA YANG MURAH DI SINI !!!
Untuk memulakan pelan ini,aku dikehendaki membayar sebanyak RM350.00 dan segala urusan setting modem Huddle 4G Mobile Hotspot dan setting untuk akaun aku dilakukan di situ juga.Setelah siap semua proses setting,maka dengan rasminya aku telah menggunakan modem Huddle 4G Mobile Hotspot sebagai modem wifi aku.Apa yang pentingnya,modem wifi ini kecil dan ia boleh dibawa ke mana-mana.Ini bermaksud,wifi aku yang diberi nama http://hairulazni.com akan sentiasa berada bersama dengan aku walaupun masa aku keluar rumah.
Agak menarik bukan?Dengan iPad 2 (Wifi only) yang memang memerlukan sambungan ke wifi untuk online,sekarang masalah aku telah selesai.Dan yang pentingnya, hanya dengan satu pelan ni, aku boleh online serentak dengan iPhone,iPad 2(Wifi only) dan laptop di mana-mana sahaja.
Ok,untuk hendak cerita dengan lebih lanjut tentang pelan-pelan yang ditawarkan,aku pun tak berani jugak.Bukannya apa,risau kalau-kalau aku tersilap dalam memberi penerangan.Oleh itu,bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pelan Yes, bolehlah ke laman web Yes di SINI.Korang juga boleh layan video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai Yes ini.
** Entri ini bukanlah tajaan Yes.Ia adalah inisiatif aku sendiri yang aku rasa aku perlu ceritakan kepada pengguna iPad (wifi only) ataupun mereka yang perlu online serentak dengan gajet-gajet yang berlainan seperi smartphone,tablet dan juga laptop dengan hanya perlu melanggan satu pelan internet sahaja.
Blog ini ditaja oleh Onlinepczone Enterprise.
Teruskan bersama hairulazni.com untuk update seterusnya.
Follow twitter hairulazni.
Salam buat semua Apple Fans,
KLIK SINI UNTUK DAPATKAN GENUINE MOPHIE JUICE PACK PLUS
Seperti yang telah kita semua dan satu dunia tahu,Apple telah melancarkan penjualan iPad versi yang ketiga iaitu iPad 3 atau dikenali dengan iPad HD.
Untuk rekod,penghasilan iPad bermula dari iPad,iPad 2 dan iPad 3.Sepanjang tempoh tersebut,Apple telah manambah sedikit demi sedikit penambahbaikan dalam setiap keluaran model iPad yang baru.Dapat diperhatikan,untuk setiap keluaran yang baru,tidak banyak update yang dilakukan oleh pihak Apple.Biasa la tu..strategi pemasaran.Kalau dah keluar semua,masa akan datang takde apa lagi benda baru untuk ditambah.
DAPATKAN KASPERSKY INTERNET SECURITY LICENSE KEY DENGAN HARGA YANG MURAH !!!
Ok,untuk membandingkan antara 3 generasi iPad tersebut,aku sertakan video mengenai speed test comparison di dalam entri kali ini.
Layannnnzzzzz….
Amacam,rasa-rasa perlu tak tukar ke iPad 3?
Tepuk poket,tanya mesin ATM…
Blog ini ditaja oleh Onlinepczone Enterprise.
Teruskan bersama hairulazni.com untuk update seterusnya.
Follow twitter hairulazni.






