Salam buat semua Apple Fans,
Hari ni aku nak cerita mengenai satu sistem tweak iaitu Safari Upload Enabler.Tweak ni membolehkan fungsi untuk upload file melalui safari browser yang mana fungsi ini disekat oleh Apple sebelum ini.Aku ambil contoh,kalau kita nak iklankan sesuatu di Mudah atau Lelong (aku ambik contoh yang dalam Malaysia sahaja,contoh luar negara seperti Ebay)misalnya, kita hanya boleh melakukannya dengan menggunakan iPhone atau iPad sahaja.Jika sebelum ini kita tidak dapat upload gambar kerana bahagian ‘choose file’ telah disekat oleh Apple, sekarang tidak lagi.Cuba korang lihat contoh screenshot yang aku ambil dari bahagian insert ads di Mudah dan Lelong sebelum dan selepas aku install Safari Upload Enabler ini.
Screenshot berikut adalah 2 contoh insert ads page dari Mudah.Yang pertama adalah sebelum aku install Safari Upload Enabler manakala yang kedua aku dah install.Cuba korang perhatikan perbezaan pada bahagian ‘choose file’.
Dan ini pula screenshot dari Lelong insert ads (upload image page).
Ok, itu adalah 2 contoh yang menunjukkan Safari Upload Enabler ini sangat berguna bagi mereka yang memerlukannya untuk memasukkan iklan melalui Mudah ataupun Lelong (atau lain2 tugasan yang memerlukan upload file/image dari safari) jika mereka tidak berada di depan PC pada waktu itu.Semua urusan kerja memasukkan iklan boleh dilakukan dengan hanya menggunakan safari browser yang mana fungsi upload file disekat oleh Apple sebelum ini.Selain daripada itu, banyak lagi kegunaan-kegunaan lain yang membolehkan pengguna upload file atau image melalui safari browser.Yang aku ceritakan di atas hanyalah 2 contoh sahaja.
Ada 2 cara untuk mendapatkan Safari Upload Enabler di Cydia iaitu secara berbayar dan secara percuma.
Secara berbayar adalah melalui repo thebigboss yang mana harga yang dikenakan adalah usd 1.99.
Manakala untuk mendapatkannya secara percuma pula adalah melalui repo xsellize.
Jadi sekarang, kepada sesiapa yang memerlukan fungsi ini, bolehlah terus pergi ke Cydia dan install Safari Upload Enabler.Sama ada nak yang berbayar atau percuma, itu adalah pilihan sendiri.
Teruskan bersama hairulazni.com untuk update seterusnya.
Follow twitter hairulazni.
** Seperti biasa, entri ini ditulis sepenuhnya dengan menggunakan applikasi WordPress For iOS pada iPhone 4.















