Post Kedua

Agaknya masih belum dapat move on dari bayang-bayang default post pertama yang bertajuk Apa Khabar Dunia! yang sebelumnya, maka saya namakan post ini sebagai Post Kedua.

————————————————————————————————————————————-

Kalau berdasarkan apa yang biasa saya lakukan mengikut kebiasaan, pada masa ini sepatutnya saya dah leboh ke alam tidur. Cuma, mungkin disebabkan esok saya masih bercuti, jadi saya ambil peluang ini untuk mengemaskini dua laman web perniagaan saya iaitu Kreatifreka.com dan Botfiber.my, termasuk juga sambil-sambil menulis di sini.

Sebenarnya dah agak lama saya ‘bercuti’ daripada terlibat dengan kerja-kerja mengemaskini laman web dan juga menulis blog. Rasanya disebabkan oleh faktor umur dan sibuk dengan urusan seharian berkejar ke sana ke sini, yang menyebabkan bila masuk part yang biasanya orang gelarkan malam masih muda, saya dah belayar ke alam mimpi.

Memang penat!

Cuma tak tahu kenapa, passion untuk terlibat dengan kerja-kerja laman web ni selalunya menerujakan; bagi saya. Mungkin disebabkan itu, sampai ke hari ni jiwa saya masih lagi melekat dengan kerja-kerja yang seperti ini.

Saya tak nak tulis panjang-panjang sebab masih ada lagi kerja di dua laman web saya yang masih belum selesai. Ini hanya sesi take 5 saja. Ada masa boleh singgah sini lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *