Ibuku Sayang Yang Malang

Pada akhir 1960-an, penyair Jorge Enrique Adoum kembali ke Ekuador setelah lama menghilang. Apabila tiba, dia melakukan satu perkara wajib di kota Quito: dia telah pergi ke stadium untuk menyaksikan Sociedad Deportiva Aucas bertanding. Ia adalah pertandingan penting dan stadium amat sesak dengan penonton.

Sebelum bermulanya kickoff , satu minit keheningan telah dikhaskan bagi menghormati ibu si pengadil, yang meninggal dunia pagi itu. Semua orang berdiri, semua orang mendiamkan diri.

Kemudian seseorang berpidato memuji kebaikan dan teladan si pengadil yang akan memimpin pertandingan, yang masih tetap melakukan tugasnya meskipun berada dalam suasana berduka. Di tengah padang, kepala lelaki berbaju hitam itu tertunduk, ia menerima tepuk tangan para penonton yang seolah tidak akan pernah berakhir. Adoum merasa sangat hairan, ia mencubit dirinya sendiri: dia seolah tidak mampu percaya. Di negara manakah dia sedang berada? Betapa banyak perkara yang telah berubah. Sebelum ini, orang-orang hanya memerhatikan pengadil hanya untuk mengumpatnya sebagai anak sundal.

Pertandingan dimulai. Pada minit kelima belas Aucas membobol gawang lawan dan stadium meledak. Tetapi gol itu dibatalkan oleh si pengadil kerana pemain Aucas offside, dan fikiran para penonton serta-merta berpaling ke mendiang ibu sang wasit. “Anak sundal sialan!” teriak mereka dari tempat duduk penonton!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *